|
|
| Monday, 3-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Eppy Earth Day Amir Hakim
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jauh nun di kedesaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Smart Kid's 06' PWTC
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Mar-2006 04:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Janda Baik~
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Feb-2006 09:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RMDC : XPDC GUNUNG GERAH 28 JANUARI - 1 FEBRUARI 2006
|
|
Oleh Nelly
KUALA LUMPUR - Alhamdulillah…akhirnya XPDC Gerah selamat selesai dan berjaya. Walaupun banyak halangan dan ujian sebelum dan semasa xpdc, tapi atas semangat, azam kawan² semua dan keizinanNya..xpdc ni sukses jugak!
Sedih gak ada yg tak dapat follow sebab tak dapat cuti walaupun majoritinya cuti, ada yg ngade² nak keje, ada yg pegi oang kawen…tapi takpela lepas² ni boleh pegi. Jgn lupa ajak aku ek..
Hari pertama Sabtu 28012006
Jalan jam..Cina balik kampung.
Kitorang berkumpul kat LRT Terminal Putra pukul 8pg kalo ikut perancangannya la. Harap²nya tepatla masa semua berkumpul sebab Bett takda bak kata Lofi dalam email…wakaka. Elok² nak jalan pukul 9pagi last² pkul 10pg jugak gerak.
Aku sampai pun pukul 8 lebih..nowa la lambat baru nak packing pepagi buta tu.Time kasih kepada yg hantar kitorang – Pisha, Botak, Adik dll. Lepas tot tet tot tet, bagi² equipment dan ration kitorang pun gerak 4 biji kereta ke destinasi tujuan…Lasah. 2 biji kereta singgah jap kat Shell MRR2 Gombak isi minyak, pam tayar dan beli apa² yg patut buat kunyah² dalam kereta nanti.
Kereta Rob ngan Pogo dah telepas ke highway..katanya jumpa kat R&R Rawang nanti. Kitorang target sampai Lasah dlm pukul 2ptg cenggitu tapi bila keluar je highway PLUS kat Sungai Buloh bapaak jalan jam tak hingat!. Kalo mcm ni ntah pkul brape la sampai..nak buat cammane redah je la. Tengah² jalan jam tu sempat la kontek² guna walkie talkie dan handphone plan jalan mana nak lari elak jam! Last², 2 biji kereta lari masuk Rawang konon²nya tak jam la ikut jalan dalam.Yang lagi 2 biji kereta si Rob ngan Pogo terus ikut highway. Kitorang yg ikut jalan dalam ni lagilah tak selamat... jalan jam jugakk!
Aku, Nowa, Cipoi, Mot yg naik van ni dah terbakar sebab panas giler air cond takde Nowa tak bagi pasang sebab kalo pasang pun tak rasa apa rasa angin je…gas abis. So total perjalanan dari KL ke Rawang haritu ialah 2 jam! Kalo biasa 2 jam tu dah boleh sampai Perak dah…
Memikiorkan kalo ikut jalan lama ntah bile nak sampai so kitorang decide kluar balik highway ikut Bukit Beruntung. Hasil kontek² ngan Rob mengatakan highway pun dah clear skit..begerak jugakla trafik. So tanpa berlengah lagi kitorang kluar Tol Bukit Beruntung, mintak² jalan tak jam lagi. Cantikk…jalan ok! Dapatla rasa angin semula bila van laju bergerak.
Jam dah pukul 12:30tgh. Sambil² layan lagu Teman Tapi Mesra ntah dah brape kali repeat tetiba van Nowa buat hal tengah highway 2km nak sampai Lembah Beringin…masa layan potong bas tetiba bunyi bising mcm timing belt nak putus. Apalagas…berenti la kat tepi highway dengan banyak keretanya..
Kitorang keluar dari van sebab bahaya berenti kat lorong kecemasan ni.. kontek Padil yg kat blakang bgtau van problem. Rope2nya Nowa tebukak aircond tadi lupa nak tutup so overheating lebih kurang mcm tu la…start² balik boleh hidup enjin.Tawakal je la..kitorang pun gerak semula.Area² Tanjung Malim trafik slow sikit..R&R sepanjang highway penuh saje sampai jalan jam sebab ramai parking kat emergency lane..ingatkan nak benti makan perut dah menyanyi ni.
Perjalanan di teruskan ke Ipoh. Layan jam lagi kat tol Ipoh. Ada daripada kitorang yg dah sampai Sungai Siput..so tunggu je la. Jam 03:25ptg…memandangkan tak tahan sangat haus kitorang berenti kat tepi jalan kat Chemor minum air kelapa muda berviewkan transpex! Nampak gunung Korbu ngan Gayong dari sini wo..
Kitorang teruskan journey ke Sungai Siput. Pukul 04:00 ptg baru lepas Hospital Sungai Siput.Yg lelain dah sampai Lasah dah pun. Padil tipon tanya kat mana. Dia kata simpang masuk Lasah kat shell sebelum pekan. Kitorang patah balik pekan masuk ikut simpang tu. Kalo ikut hospital tu pun boleh gak tapi jauh sikit kot..
Jam dah pukul 05:00ptg baru kitorang sampai Lasah. Sibuknya Lasah haritu..maklumla nak raya. Orang asli pun ramai yg beli barang takut kedai tutup. Dalam masa yg suntuk ni la semua sibuk buat pesiapan terakhir. Beli barang, packing bag, asing barang, tukar baju, parking kereta, deal Hilux dll. Driver Hilux yg dah tunggu lama dah nak nangis sebab tepaksa masuk Kg Lerlar malam raya cina..mwah3 padan muka.Nasib baik dia tak merajuk sebab kitorang lambat. Ala..skali skala bekorban dimalam raya..
Pukul 06:00ptg barula kitorang masuk ke Pos Kemar. Ok gak masuk lambat² tak la panas terik. Macam biasa memula semua seronok dan selesa naik Hilux, lepas² tu sakit la. Trek jalan balak yg kering buat debu2 naik sampaikan Padil amik alih watak Castello yg aku pegang pada xpdc c-us sebelumnya. Macam tu la jugak rope Padil dah tua nanti..
Pukul 09:00pm lebih kitorang sampai Kg Lerlar pada ketinggian 1630kaki / 490meter. Ada satu lagi 4x4 parking kat situ. Kata Budin, Nadir yg punya. Disebabkan takde rumah orang asli yg kosong so kitorang terpaksa bukak fly kat tengah² padang seblah umah Adi. Ramai guide yg takde kat kampung masa tu. Urusan mencari guide kitorang terpaksa ditangguhkan keesok pagi. Apalagas dah bukak fly bentang ground masak la.
Lauk malam tu daging masak kicap ngan kacang buncis dan nescafe tarik. Makan malam tu agak lewat sikit pkul 11:00mlm. Lepas tu semua masuk bawah fly standby untuk esok punye trekking. Sejuk jugak Kg Lerlar malam tu. Tak boleh bayang macamana trek esok ni.. mesti giler² punya nak layan Bukit Bongok. Set mental je la…12:00mlm tido!
Hari kedua Ahad 29012006
Bukit Bongok yang bongok.
Seawal jam 07:00pagi lebih dah ada yg masak sarapan pagi. Menu pagi tu nasi goreng telur. Dah selesai makan semua packing bag dan berkemas.Yang tinggal urusan mencari guide je yg tak sudah².Ada yg tak tau trek la, tak boleh bawak la…akhirnya guide yg ditunggu tiba iaitu Asi dan Dol. Asi tau trek sampai Kg Agik je. Dol tau sampai puncak. Dol ni muda lagi kira junior la kat kampung tu. Bukan Dolah yg buat² hilang dulu ye..
Kalo jumpa Dolah haritu memang kena lempang la. Dengar cerita guide Adi dah pandai demand RM100 skarang ni. Amboi..amboi..amboi.. Jam 10:00pg kitorang start trekking dari Kg Lerlar melalui kebun getah ke sungai besar trek KL- Seremban ke Lenweng. Destinasi hari ini…Kem Agik.
Pukul 10:40pg kitorang sampai di sungai besar. Jambatan pun dah takde mungkin dak kena tolak ngan ibu air. Jadi takde la motor2 orang asli yg lalu lalang kat situ.Yg ada titi balak ngan buluh je perlu dilalui. Budin sempat mandi kat sini. Sejam berjalan kitorang take 5 kat trek KL-Seremban tu. Ada kawasan lapang sebelum balak besar yg tumbang tepi trek.
Perjalanan diteruskan ke campsite tepi sungai besar dan sebelum lintas 3 sungai. Kitorang lunch kat sini makan sandwich sardin mayo dan air the O'. Ketinggian kat sini lebih kurang 2600kaki / 790meter.
Jam 02:00ptg kitorang sampai di simpang trek ke Lenweng.Take 5 kejap. Ke kanan naik Bukit Bongok, terus ke Lenweng. Jam 02:15ptg trekking disambung naik Bukit Bongok yg memang membongokkan.Trek kat sini mencanak tapi lapang. Banyak pokok² balak besar dan pokok nipah. Lepas stengah jam mendaki kitorang take 5. Semua bongok time ni. Kebongokan di sambung semula melalui trek permatang yg sedikit landai dan menaik.
Jam 03:30ptg take 5 lagi. Gaid Asi time ni mintak Panadol! Kemudian trekking balik menuruni trek permatang yg landai.Pukul 04:00ptg kitorang sampai di permatang view point. Dari sini sebelah kiri trek boleh nampak Ulu Sepat.D ekat je..Ketinggian masa ni 4090kaki / 1245meter. Brape tinggi dah kitorang naik!
Dah amik gambar relak² jap perjalanan disambung semula. Trek kali ni turun tak benti². Turun..turun..turun…tak hingat punya macam turun dari Ulu Sepat sampai nampak satu pondok orang asli seblah kanan. Kem Agik tak jauh la dari situ. Penghujung trek landai sikit dan bersemak.
Jam 04:50ptg sampai sungai besar. Sebelum tu ada satu anak sungai.Kawasan kat situ terang macam Lenweng. Ada dua sungai besar sebelum sampai Agik. Sungai pertama kena lintas balak walaupun airnya tak dalam. Ada kawasan bertanah yg membahagikan kedua² sungai. Kat situ ada satu pokok besar dan rumpun buluh. Satu lagi balak tumbang perlu dilalui dan sampailah campsite Agik 3000kaki / 910meter.
Kg Agik tak jauh dari situ. Kem Agik ni cantik dan bersih. Macam ada orang jaga. Kawasan kat sini berumput dan ada sebatang pokok renek kat tengah² campsite. Sungai tak jauh…beberape meter je. Air memang tak jadi masalah kat sini. So target kitorang sebelum ni untuk sampai ke Kem Agik pukul 06:00ptg tak tercapai sebab kitorang sampai jam 05:15ptg overall !
Lega sampai awal! Fly dah naik apa lagi mandi sungai la…macam kat Taman Negara pulak.Geng² pompuan yg dah telebih dulu bersihkan diri sediakan makan malam seawal pukul 07:00pm. Menu malam ni nasi lauk daging goreng sayur, ayam sweet sour, sayur kobis goreng, air the O'. mmm….dapnyer!!
Malam ni ramai yg tido awal..letih melayan Bukit Bongok siangnya. Besoknya nak layan puncak lagi..memang kena simpan tenaga. Padil kata nak pegi puncak memang jauh giler! Malam ni jugak campsite kitorang ada tetamu…memula orang kampung Agik jumpa sedara dia pastu masa tido ada binatang apa ntah! Mungkin tempat dia bermain kot. Ada gak yg kena perkara mistik masa tido…tu la tak basuh kaki lagi seblom tido. Sham kena hempap!
Hari ketiga Isnin 30012006
Melayan permatang bapaak jauh!
Hari ni adalah hari yg ditunggu². Hari menuju puncak! Tak boleh nak bayang trek yg akan dilalui. Dengar cerita orang seblom ni buat kitorang set mental awal². Yg aku tau trek memang jauh!!! Pagi ni kitorang sarapan bihun goreng dengan air nescafe dan the O'. Bihun pun kitorang tapau untuk makan tngahari nanti. Dah selesai semuanya trekking bermula jam 09:30pg. Padil macam biasa jadi sweeper la sambil borak² kelentong si Asi..
Trek pada awal melalui kebun ubi orang asli Kg Agik. Jangan salah simpang ye.. bila nampak rumah orang asli masuk kiri. Dah lepas kebun ada satu sungai besar dan lintas. Tak berapa jauh ada pondok dan rumah orang asli. Kat sini ada sorang nenek tinggal. Beraninya dia..kitorang panggil dia 'Nenek Kebayan'. Ramah jugak orang tua tu. Lalu lagi kebun ubi blakang rumah sebelah kiri.
Ada beberapa batang anak sungai kena lintas dan treknya landai je. Lepas tu susur tebing sungai tenang…lalu paya..tebing sungai semula sampai la satu sungai besar. Ada yg sampai bukak kasut nak lintas sungai tanak basah tapi lupakanla..memang banyak sungai nak kena cross! Selepas lintas sungai besar tu ada 2 lagi sungai besar dan kitorang berenti untuk lunch bihun goreng yg ditapau. Lepas makan ada yg lepak², tido² ayam dan cas bateri untuk ke puncak jap lagi.
Jam 01:00tgh start trekking semula melalui trek landai. Lepas tu ada naik bukit sikit di kawasan berlembah dan lintas anak sungai. Kemudian kitorang melalui trek menyusuri anak sungai. Ingatkan sesat sebab tak tepikir treknya lalu redah anak sungai dan ada tunggul balak dan terus naik bukit canak.Tak sampai setengah jam mendaki dari situ ada satu kubang binatang sebelah kiri trek. Kelihatan tapak kaki b a b i hutan dan harimau kumbang.
Trek memang memangokan. Take5 lagi kat satu kawasan lapang tengah trek. Tak boleh tahan woo.. kena berenti jap. Perjalanan diteruskan melalui rumpun buluh reput dan berduri sampai tiba di simpang waterpoint Kem Sarsi pukul 03:45ptg. Simpang ni berada kat sebelah kanan trek, beberapa minit dari Kem Sarsi kat depan sikit je. Ketinggian kat simpang ni lebih kurang 4420 kaki /1345meter.
Seterusnya turun untuk amik air bekalan di puncak dalam 5 minit sampai jumpa pokok pisang. Ada punca air kecil kat sini. Mot sempat melabur…tau la keje bank! Beza ketinggian dgn simpang tadi dalam 100 kaki. Lepas amik air naik semula dan terus ke Kem Sarsi 4480kaki / 1365meter.
Khabarnya runner kitorang sampai sini dalam pukul 03:00ptg tadi dan masa dorang sampai bara unggun api OGKL still menyala lagi. Maknanya team OGKL tak lama meninggalkan kem tu. So nampaknya kena la berhimpit kat puncak..itu pun kalo dapat. Mintak² dorang tak Belanda la puncak tu..kalo nak pun pun Jerman ke, Perancis ke..Itali dah la. Kitorang sempat makan sikit alas perut kat Kem Sarsi. Lapar giler ni. Makan sandwich la ramai². Jadila..
Pukul 05:00ptg tanpa belengah lagi dan nak elak badan makin sejuk kitorang start trekking menuju puncak..gemilang cahaya..mengukir cita..seindah rasa..menuju puncak..impian dihati..bersama janji..azam sejati..pasti berjaya di akademi fantasia….
Ada 3 jam estimate untuk sapai puncak Gerah! Start dari sini memang main permatang je la…jauh gila babeng! Bila trekking sikit nampak view puncak tapi tak sampai²…nampak lagi tak sampai²…tensi tahap gaban dah ni. Turun naik turun naik ntah dah berape kali ntah. Layan je la..penat memang penat. Mental boleh down wo!
Aku trekking ngan Pur ngan Nowa. Skali skala nampak Budin, Mot ngan Chim kat blakang. Cipoi ada ngan Najmudin ngan Pogo. Padil sweep ngan Asi. Rob, Sham ngan Hensem ntah brape jauh kat depan. Hari makin gelap sebab dah senja. Dah mula lalu trek 'Mossy Forest' tapi tak panjang. Bila dah nampak 'Periuk Kera' tu dah dekat la tu.. Periuk kera besar macam kat Benum! Aku azam sampai puncak sebelum gelap sepenuhnya.
At last pukul 07:30mlm kitorang sampai. Still terang lagi. Dengar bunyi bising suara orang dari puncak. Rupanya OGKL dah siap pasang fly dah pun.Runner sampai pukul 0700mlm.
Alhamdulillah…sampai jugak akhirnya puncak GUNUNG GERAH 6900 kaki / 2105meter. Walaupun tak dapat terus pegang beirut sebab ramai dan sesak kat atas tu kitorang port la kat tepi puncak. Tapi sempat la amik gambar matahari terbenam. Sementara tunggu yg lain² sampai berteduh la kejap kat bawah fly guide panaskan badan kat unggun api. Baiknya guide!
Tak lama tu Budin, Mot, Chimm pun sampai. Kitorang cuba negotiate ngan bebudak OGKL untuk berkongsi ruang kat puncak nak bukak satu fly tapi tak berjaya.Terkilan jugak rasanya bila jadi cenggitu. Kalo rearrange balik boleh muat tu 24 orang skali satu puncak. Jadi di mana semangat setia kawan dan tolong menolong antara pendaki² kat Malaysia ni sampaikan nak kongsi puncak pun masalah? Kan lebih harmoni kalau 3 group sekali :– RMDC, OGKL, BOA – : tidur kat puncak Gerah malam tu! Bukan tak kenal pun….
Nak tak nak terpaksalah kita tidur bukak tapak kat bawah sikit dari puncak. Walaupun tak sepatutnya di lakukan sebegitu. Nasib baik la ada ruang sikit untuk bukak satu fly! Kawasan tu tak rata tapi bolehla.. belasah je la. Bila semua dah sampai bergotong royong la bersihkan tapak, pasang fly, bentang ground. Malam ni kitorang makan nasi lauk telur masak kicap, kacang buncis, kopi O'.
Pukul 11:00mlm ramai² naik ke puncak nak main balas flare ngan roket dengan bebudak yg pegi C-US-GERAH. Dorang ada kat Chamah time tu. Apalagas nampak la flares ngan roket dorang. Kitorang pun balas balik la. bestnyeee…..
Kitorang tido malam tu tunggang langgang – kaki di kepala..kepala di kaki macam lagu Peterpan. Lantok la. Asal dapat tido. Sebelum tido sempat juga la borak²..mengumpat²..minum²..dengar radio..tengok tv..flashback trekking..berak..dll. Puncak boleh tahan sejuk jugak. Malam tu ada orang mengigau gaduh alam batin siap cakap bahasa Tamil lagi…dasatnyer….
Hari keempat Selasa 31012006
Sun up yang superb!
Tido kat puncak malam tadi memang layan. Walaupun tak rata tapi nyenyak jugak la. Mungkin sebab penat sangat. Bangun pagi pulak cuaca cerah. Apalagas..layan view sun up la. Memang superb! Kali ni memang puas hati dapat amik gambar matahari ngan view skali. Dari jauh nampak Bukit Bongok, Gunung Ulu Sepat, Gunung Chamah sayup2 je..
Itu pemandangan dari sebelah sini. Sebelah lain pulak nampak Transpex Korbu – Gayong – Yong Belar dan Yong yap. Lagi la jauh…So dari segi logik geografikalnya memang boleh la kalo nak buat Trans Chamah-Ulu Sepat-Gerah-Yong Yap-Korbu-Gayong-Yong Belar! Ada brani?
Kitorang sarapan pagi tu nasi goreng ayam. Nikmatnya dapat makan ayam kat puncak. Lepas makan dok borak² jap sambil bukak cerita Stargate dongeng. Bantai gelak tak hingat, amboi seronotnye.. Geng² OGKL turun awal haritu. Dengarnya nak ke Bieh. Lepas dorang gerak kitorang plak Belanda puncak. Amik gambar ramai², bawak naik barang kemas kat atas, jemur baju la dll.
Matahari makin tegak. Panas jangan cakap la. Dah siap berkemas, bersihkan sampah lebih kurang pukul 12:00tgh kitorang gerak turun. Tak puas rasanya kat puncak sebab pagi tu la betul² dapat rasa duk puncak. Takpe..lepas ni boleh repeat. Hmmm…tengok la dulu. Perjalanan turun tak berapa lama lebih kurang sejam setengah je nak sampai ke Kem Sarsi.
Jam 0130tgh sampai di Kem Sarsi take5 jap. Pukul 02:00ptg sambung semula trekking. Tak ingat lain dah ni cuma ingat nak sampai Agik je.. Ada yg dah shoot awal² dari puncak lagi. Kaki makin sakit sebab trek banyak turun. Pukul 04:20ptg kitorang sampai sungai besar tempat lunch semalam. Jumpa ngan runner yg benti makan. Ingatkan dorang dah sampai Agik. Pogo ngan Chim tengah masak maggie. Cam sedap je…rezeki jangan ditolak, sebat la ramai² !
Hari makin petang. Jam dah pukul 5. Elokla bergerak. Dijangka sampai Kem Agik pukul 07:00pm paling lambat. Sib baik trek landai je, tapi membosankan! Bahu dah terasa sakit² ni buat tak rasa je la. Lalu rumah Nenek Kebayan ramai la pulak.Cucu² dia datang melawat dari Kelantan jalan kaki. Nenek kebayan tu sibuk mintak gambar dia yg kitorang amik semalam. Sorrylah nek…kitorang tak bawak direct printer la. Kalo bawak pun nak cucuk wayer kat mana?
Nenek tu bagi ubi keledek besar budak ngan pucuk ubi. Baik dia ye…Si Pogo jadi tukang bawak ubi bapaak besar! Dah macam dukung bayi plak..Akhirnya sampai Kem Agik pkul 07:00ptg.
Still cerah lagi. Sampai² tengok ada ayam jantan 2 ekor..besar plak tu. Rupernya Rob dah deal ngan orang asli awal² lagi nak ayam buat lauk. Ayam tu di tukar ngan ubat²an. Orang asli tu tak nak duit. Cayalah…malam ni makan besar la. Najmudin jadi tukang sembelih malam tu. Tumbangla dua ekor ayam jantan kat tangan kitorang…Rob dan Sham jadi tukang siat ayam. Satu pengalaman baru sembelih ayam masa xpdc! Dah bersih ayam kitorang rebus kat unggun api pastu goreng dalam kuali. Time makan malam memang banyak lauk. Menu malam tu pucuk ubi rebus, sayur goreng, kuah kacang dan ayam goreng liat. Memang liat ayam tu.
Tak penah aku makan ayam seliat tu. Tapi liat² pun sedap isinya. Makan jugak la. Ayam yg liat jadi bahan lawak kitorang. Ada yg takut gigi patah la, tercabut, tertelan gigi, tertelan bracket besi la, makan pakai gigi boxing la..macam2 lagi la. Kalo sorang dah bukak citer dongeng siap la..ada je yg menambahnya. Dah makan ada yg terus landing ada yg lepak² lagi kat unggun borak² sambil makan keledek sambil minum kopi. Layan woo…pastu main lawan² kentut. Pukul 02:00pg barula masuk tido…
Hari kelima 01022006 Rabu
Tak sabar nak balik.
Hari yang ditunggu² tiba. Tak sabar nak keluar, nak balik. Pagi ni makan nasi lemak ngan sardin. Cuaca mendung pastu hujan renyai². Macam sedih je kitorang nak balik.. jam 09:30pg selamat tinggalkan Agik. Awal² dah layan bukit canak tak ingat. Pangok²…Lebih kurang sejam menaik canak tu sampai la kat permatang view Ulu Sepat. Lepak² jap amik napas pastu sambung balik jalan.
Sejam kemudian sampai di simpang trek Lenweng. Terus lagi berjalan sampai la campsite tepi sungai lunch haritu. Berenti jap makan ringan² pastu trekking balik trek Kl-Seremban. Layan trek yg bosan tu sampai la sungai pukul 01:00tgh.Yang lain ada yang sampai Kg Lerlar. Aku, Budin, Tomot, Padil mandi kat sungai besar tu kejap. Tak tahan la badan dah belengas.
Jam 01:30tgh gerak lalu kebun getah nak ke Kg Lerlar. Jauh gak..Last² sampai gak kampung pukul 02:00ptg!Ah Heng dah standby. Kitorang on target la sampai situ. Ada yg mandi blakang umah orang asli.. Dah puas amik² gambar, bagi budak² gula².. Padil buat pembayaran kat Gaid dan kitorang keluar dari kampung jam 02:40ptg. Siap la terbakar kulit..panas! 3 jam melayan Hilux akhirnya kitorang tiba kat Lasah. Lega rasanya…Ah Heng ngan Ah Soon belanja minum kat kedai hujung tu. Bagusla diorang tak macam Ah Hee..mari kita kondem Ah Hee..he.he..he.
Hampir pukul 07:00mlm kitorang keluar dari Lasah menuju ke Sungai Siput. Singgah surau tukar² baju dan gerak ke stesen ketapi Sg Siput. Kat situ kitorang makan malam dulu sebab kalo terus balik pun highway jam kata radio. Pukul 09:00mlm barulah kitorang balik KL. Kereta kat highway still banyak tapi tak jam la.
Jam 11:00mlm berenti lagi kat R&R Tapah minum² makan kuih pau. Jam 01:00pg kitorang sampai KL dan singgah kat DV Melawati minum² lagi dan kumpul equipment. Mata mengantuk jangan cakap la. Pukul 02:00pg semua bersalaman dan bersurai balik umah masing².
Alhamdulillah…selamat semuanya. Bila kenang balik xpdc Gerah ni memang giler. Aku boleh simpulkan Gerah ni gabungan Chamah – Ulu Sepat! Tahniah kpd kawan² yg berjaya tawan Gerah.Tahniah jugak yg dah abis G7-11.. Tu…hebatnyer.. Satu lagi kejayaan bagi RMDC. Ada yang kata lepas ni tak nak naik Gerah lagi..ye la tu. Yang nak pegi Gerah lepas ni pikir 12 kali la yek…
Kredit:-
Bett – Perancang asal xpdc kena keje
Padil – Ketua projek training naik Kinabalu
Lipan – Presiden RMDC pegi orang kawen
Guly – Designer baju yg ganas
Nije – Tukang cerita trek sebelum pegi
Pogo – Tuan punya kereta
Nowa – Tuan punya kereta
Chim – Tuan punya kereta
Rob – Tuan punya kereta dan sudi join trip RMDC
Nieta – Bagi pinjam beg Jaguar
Awek aku kat Melaka – yg doakan aku.
Kawan² yg hantar, bagi sokongan dan semangat, SMS dll.
Line Up XPDC GERAH:-
Padil – Budin – Pogo – Rob – Najmudin – Nowa – Nazly – Hensem – Sham – Pur – Tomot – Chim – Cipoi
Lagu rasmi xpdc:-
- Teman Tapi Mesra
- Pura Cendana
- Lagu exist ntah apa tajuk tak ingat..Rob slalu nyanyi.
Perkara2 mistik sepanjang xpdc:-
- Sham kena hempap kat Kem Agik.
- Aku ngigau gaduh batin ssambil cakap bahasa Tamil kat puncak.
- Budin tedengar2 orang suruh dia jangan berenti trekking masa ke puncak.
- Najmudin hilang deria rasa masa trekking,terpijak kaki sendiri dan jalan ke belakang.
- Chim dengar benda jatuh kat blakang Kem Agik.
- Padil nampak kelibat binatang malam kat Kem Agik.
- Lantern jatuh ntah sape buat.Kata gaid anak harimau.
- Mot nampak benda apa ntah lintas trek.
- Asi sakit perut masa naik Buki Bongok.
- Ayam goreng terlampau liat.
Landmark trek:-
Anak sungai – tak terkira
Sungai besar – 10 batang lebih kurang
Kebun getah – 1
Kebun ubi – 2
Penempatan orang asli – 2
Paya
Lembah – ntah berapa ntah
Bukit – banyak
Permatang – lagi la banyak
Beirut
Sekian la report dari aku yg tak seberapa ni..
Trime kasih banyak². Ada salah silap mintak mahap..ada terkurang terlebih mintak halal..kita jumpa lagi di xpdc akan datang.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
..apa tu?
|
|
nie jumpa gambar lama dalam gobok.. hehhee
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 28-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Meet ü Eating at Cameron Highland
|
|
Activity : Meet ♣ Eating ♂ Brainstorming Session at Heritage Hotel, Cameron Highland
Date : 28th-30th November 2005
Who's in: Adek, Sheeda, Marzita, Jaya, Aisyah, Yati, Azmy, Khazim, Shah, Maro, Zul, Awer, Nik, Lokman, Hassani and Wahid.
Photographer amature : Maro, Lokman, Adek, Hassani
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
my little bear vss Ultraman gaia
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
yummy.. yummy.. yummy...
|
|
Activity : Jalan² Cari Makan at Bagan Lalang Seafood Center
Date : Monday 27th December 2005
Who's in: Adek, Udean, Fatin, Amir Hakim, Perwira, Ayu, Amir Farid, Alin and Baby Nana
Photographer amature : Fatin
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Adelin ♠ Nisam
|
|
|
|
|
|
|